hatikuxlagikemek lolzzzz

welcome

ASSALAMUALAIKUM...HELLO...GOOD MORNING...GOOD AFTERNOON...GOOD EVENING.... Selamat Datang !! saya amat mengalu-alukan pelawat-pelawat blog sekalian lepak2 , berkongsi pahit manis, asam garam kehidupan...Jutaan Terima Kasih di atas kunjungan anda semua...MARILAH kita bersama2 menjadikan hari indah Selalu...saya perlukan sokongan dan dorongan anda semua dalam menjayakan MISI dan VISI blog ini...ahakszzzz...dengan ingatan tulus doa...SELAMAT MAJU JAYA kepada semua2 sahabat handal, rakan sepejabat, rakan2 Ambank Group, dan semua pelawat yang dikasihi...

SPONSER IKLAN....IM by KEMEQ

Jual emas lama rosak patah emas putih platinum surat pajak Lawakjenaka.com

Hengau…(sengau)


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.



Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.

"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."



Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."

(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)... .

Ayam Jalak


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan d! iri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]








Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA

Jadik patung…..


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze' kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suam! inya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik? ?!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.... ..begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah. ". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira b! aik la..... Tak macam awak........ ..dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..... ......segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"



hahahaha

Isteri Tersayang


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Demam Malaysian Idol


Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .

Rumput dan Kuda


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

8P -cuba baca dulu...



1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.




BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,? KATANYA.

Pendamaian Suami Isteri :))


Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh,mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya.
Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan
usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang
menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.


Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata
berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap
dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin
menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai,
dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura
sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter,
menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh
suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan
bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."
(tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)


"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita
takkan selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga."
(celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)


Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan
itu sangat berbahaya.

Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu"
dan "semalam".

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti
memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa
bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin
menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi
untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnyakonflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang
cukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum
awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian,
jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x)

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya
mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak
biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi,
sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)

"Jangan bomohkan saya." (/)


Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

menghitung hari diijab kabulkan...




detik demi detik menantikan hari yg dinanti2 kan.berdebar2,gementar, xsabar, takot, sedey mcm2 perasaan yg xdapat digambarkan dgn kata2 bg mereka2 yg akan menempuhi cabaran dan komitment baru dalam hidup masing2...ak bercakap bkn wakil utk diriku...tp wakil teman sekerja tmpt ak berkhidmat...

sempena cuti sekolah nih...ramai la yg buat "big work" kat kampung2 atau kat bandar2 nih...next week ak pon bercuti nk balik kampung...ada kerja nk di selesaikan..hepi nyer nk balik kmpg..Jom balik Kampung!!!!

Disini ak nk ucapkan jutaan dan bibillion tahniah kepada mereka2 yg akan melangsungkan majlis gilang gemilang yg penuh debaran. couple2 tersebut adalah spt :-

Yusrizal & Aida
Sharina & Zamri
Wahidah & Ali
Diyana & Haizier

Disini jua ak memohon maaf kerana xdapat nk menghadiri majlis kalian kerana ak terpaksa pulang pada semester ini utk preparation majlis adik ipar ku d Kota Bharu...

Kojek & Istri (aisyah)

.............dengan ingatan tulus ikhlas...SELAMAT PENGANTIN BARU BT KALIAN SEMUA...selamat menempuhi kehidupan rumahtangga


Ulangtahun Pernikahan Kami...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Si Manjaku Comel

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Powered By Blogger